CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 19, 2011

Serahan Manuskrip

20hb April 2011 - Serahan Manuskrip 


Serahan manuskrip dilakukan beserta dengan draf-draf sebelum ini. Draf-draf yang dihantar perlulah mengikut susunan, bermula dengan idea kasar, draf kasar, draf akhir dan akhir sekali ialah manuskrip.


Manuskrip yang dihantar lengkap bersama gambar sebagai bahan rujukan dan bukti.


Biografi yang lengkap ini diberi tajuk 'Pengalaman Hidup Seorang Anggota Polis'.

Monday, April 18, 2011

Draf Akhir

13hb April 2011 - (Minggu ke-11)

Draf Akhir
Draf akhir tidak terdapat banyak perbezaan dari draf kasar. Dalam draf kasar perlu memasukkan gambar dan sumber-sumber yang bersesuai. Penggunaan bahasa yang betul dan ayat lebih dikembangkan lagi. 


Tema perlu bersesuaian dengan biografi supaya penyampaian cerita lebih jelas dan menarik.


Setelah draf akhir disemak, terdapat beberapa kesalahan bahasa serta perlu memperbaiki susunan maklumat supaya lebih kelihatan menarik dan memperingatkan bahawa tarikh amat penting bagi biografi kerana menunjukkan bukti dan kejadian yang berlaku lebih jelas.





Draf Kasar

6hb Mac 2011 (Minggu ke-7)


Draf kasar ini lebih banyak isi yang dikembangkan seperti latar belakang persekolahan beserta tarikh yang sesuai. Penggunaan ayat yang lengkap dan lebih tersusun dalam draf kasar ini lebih jelas. jika dibandingkan dengan idea kasar terdapat perbezaan antara kedua-dua draf ini. 


Idea kasar mungkin kelihatan sedikit kabur berbanding draf kasar yang lebih jelas akan tema biografi yang ingin ditonjolkan.


Di dalam draf kasar lebih banyak menceritakan kehidupan Encik Osman di Kuala Lumpur dan liku-liku kehidupannya untuk menjadi seorang anggota polis, perkahwinan beliau juga disentuh dalam draf kasar ini.


Pengalaman beliau semasa bertugas sebagai seorang anggota polis apabila mendapat banyak rintangan dan cabaran.


Setelah tugasan dikembalikan oleh Cik Rohizah, terdapat beberapa kesalahan ayat yang harus diperbetulkan dan banyak perkara yang perlu dikaitkan dengan tema serta ayat perlu lebih diperkembangkan lagi.

Rangka Tugasan - Idea kasar

13 Februari 2011 - (Minggu ke-4)

Biografi (idea kasar)
 biodata mengenai diri En. Osman iaitu bekas seorang anggota polis, iaitu dengan memasukkan data mengenai tempat dilahirkan dan juga tarikh dilahirkan. latar belakang keluarga juga turut diberi keutamaan dalam idea kasar ini.

 Isi kedua dengan memasukkan sedikit pencapaian dalam kehidupan iaitu bekerja sebagai anggota polis  dan peristiwa-peristiwa atau kejadian yang besar berlaku sewaktu bertugas sebagai anggota polis. Terdapat beberapa kes-kes yang penting iaitu kes berkaitan kemalangan, rompakan bersenjata, kehilangan mangsa di laut dan kes rompakan dadah.

Bahagian penutup lebih tertumpu kepada anugerah dan kepujian yang diterima daripada pihak atasan. Beliau terus berkhidmat dan berbakti untuk negara walaupun sesudah tamat perkhidmatan.

Draf kasar telah dipulangkan dan Cik Rohizah selaku pensyarah untuk subjek SBLM 1023, Pengantar Penulisan telah memberi sedikit komen mengenai draf kasar ini. Pembetulan yang dilakukan adalah seperti tema haruslah bersesuai dengan biografi yang dipilih. Penggunaan bahasa yang tepat serta perlu lebih teliti dalam kerja yang dilakukan, supaya dapat menghasilkan biografi yang baik.

Thursday, April 14, 2011

Camar Kepangkuan


CAMAR KEPANGKUAN
Setelah bersilih semilir bayu menyegar
berhembus di pantai ini
aku kembali menyinggah di sini
bertenggek pada cemara kenangan
melihat dermaga cinta yang kian sepi
menatap kedamaian yang telah pergi.

MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF
Universiti Utara Malaysia

Pemuja Liberal

Pemuja Liberal
Dia pemuja liberal
bernafas dalam ego
mengikut seriosa nafsu tanpa iman di hati
mencarik-carik alam tanpa peduli
perasaannya mati.
mandul insani.

Dialah pemuja liberal
tidak kenal erti pedoman
tidak merasa manisnya cinta Tuhan.

MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF
Universiti Utara Malaysia

Saturday, February 19, 2011

PERBEZAAN Autobiografi dan Biografi......

Perbezaan Autobiografi dan Biografi….
          -Auto bermaksud diri
          - Bio bermaksud hidup
          - Grafi bermaksud menulis/ merekod maklumat
Autobiografi ditulis sendiri oleh tokoh iaitu mengenai perjalanan dan pengalaman hidup tokoh itu sendiri.
Biografi ditulis oleh orang lain, berdasarkan izin oleh tokoh itu sendiri.