CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 19, 2011

PERBEZAAN Autobiografi dan Biografi......

Perbezaan Autobiografi dan Biografi….
          -Auto bermaksud diri
          - Bio bermaksud hidup
          - Grafi bermaksud menulis/ merekod maklumat
Autobiografi ditulis sendiri oleh tokoh iaitu mengenai perjalanan dan pengalaman hidup tokoh itu sendiri.
Biografi ditulis oleh orang lain, berdasarkan izin oleh tokoh itu sendiri.

Definisi BIOGRAFI

Definisi BIOGRAFI
Biografi dapat dikatakan sebagai sebuah kisah riwayat hidup seseorang. Biografi pada mulanya berasal dari bahasa Yunani iaitu "bio" yang berarti hidup dan "grafi" yang berarti tulis. Biografi dapat menganalisa dan menerangkan kejadian-kejadian dalam hidup seseorang. Biografi juga bercerita mengenai kehidupan seorang tokoh terkenal ataupun tidak terkenal, namun demikian biografi tentang orang biasa akan menceritakan mengenai satu atau lebih tempat atau masa tertentu.

Biografi seringkali menceritakan tentang seseorang tokoh sejarah namun tidak jarang juga yang menceritakan tentang seseorang yang masih hidup. Banyak biografi ditulis secara kronologis. tema-tema utama sering diguna pakai dalam biografi seperti masa waktu yang dilalui oleh tokoh tersebut, liku-liku kehidupannya samada di waktu susah dan senang, pencapaian dan sumbangannya.
Biografi perlulah mempunyai bahan bukti seperti surat-surat, buku harian, akhbar, buku-buku rujukan atau sejarah yang memaparkan peranan subjek itu. 

Biografi bukan sahaja menceritakan mengenai tarikh lahir atau pekerjaan seseorang tetapi juga menceritakan mengenai perasaan yang terlibat dalam mengalami kejadia-kejadian penting dalam hidup seseorang itu.